1. Menyediakan Bantuan Sosial dan Kebajikan:
Menyalurkan bantuan kepada ahli silat, waris serta masyarakat sekitar dalam bentuk kewangan, perubatan, pendidikan dan kecemasan.
2. Menjaga Kebajikan Tenaga Pengajar dan Waris Silat:
Memberi penghargaan dan perhatian khas kepada mereka yang telah menyumbang kepada perkembangan dan penyebaran ilmu silat.
3. Membangunkan Program Peningkatan Taraf Hidup:
Menganjur latihan kemahiran, keusahawanan dan pembangunan kerjaya untuk meningkatkan daya saing dan kesejahteraan ekonomi golongan sasar.
4. Menubuhkan Tabung Dana Amanah Kebajikan:
Mengurus dan mengembangkan dana berterusan yang khusus untuk tujuan kebajikan dan kecemasan.
5. Mewujudkan Jaringan Sokongan Psikososial dan Komuniti:
Menyediakan ruang sokongan mental dan spiritual kepada warga silat dan masyarakat melalui aktiviti rohani, kaunseling dan kebajikan komuniti.