
Mendidik dengan Iman, Membina dengan Ihsan
Latar Belakang Penubuhan
Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA) ditubuhkan sebagai sebuah entiti amanah yang bertujuan meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Ustaz Hanafi Haji Ahmad — seorang tokoh budaya, pendidik dan pengasas Silat Cekak yang amat dihormati. Penubuhan ini digerakkan oleh dua orang anakanda beliau, YM Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi Haji Hanafi dan Tuan Zainul Abidin Haji Hanafi, dengan aspirasi untuk memperkukuh nilai-nilai kemanusiaan, pendidikan dan kebajikan dalam kalangan masyarakat, khususnya warga silat.
YUHA digerakkan atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan ahli-ahli silat, tenaga pengajar, waris penggiat seni, serta komuniti yang pernah bersama dalam perjuangan Ustaz Hanafi. Yayasan ini memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan kebajikan, perlindungan sosial, serta peluang pembangunan insan yang lestari dan berasaskan nilai-nilai murni.
Visi
Menjadi institusi unggul dalam memperkasa kebajikan dan pembangunan insan berasaskan warisan ilmu dan perjuangan Ustaz Hanafi Ahmad.
Misi
Copyright © 2025 Yayasan Ustaz Hanafi Ahmad (YUHA)